Wednesday, October 21, 2009

ada ORANG PAS pantang di tegur

aku decide tuk tulis post ni pas baca article kat harakah online beberapa minit lepas.article ni bertajuk "Aziz Bari patut bincang kepincangan undang-undang" ditulis oleh seorang bernama azmi yusof. beliau kurang berpuas hati dengan komen yang dibuat oleh Prof terhadap kepimpinan PAS.

aku kerap ikut tulisan or komen2 Prof dalam banyak constitutional issue especially kes perak. opinion dia banyak menyebelahi PR maka senang la hati orang PR coz ada constitutional expert yang berani tuk voice out the truth.

antara isi kandungan dalam article mr. azmi ialah " Profesor Dr Abdul Aziz Bari sewajarnya membicarakan kepincangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang dari sudut undang-undang, bukannya perubahan kepimpinan PAS".jelas sekali beliau seolah-olah sangat berharap Prof akan mengulas PRK tersebut dari sudut undang2 tetapi sebaliknya yang berlaku. comment Prof menurut beliau berkenaan kepimpinan PAS adalah tidak seimbang.

mungkin beliau tidak dapat trima pandangan Prof yang luar dari skop ilmu constitution tapi bagi aku Prof walaupun seorang constitutional expert ada hak tuk comment sesuatu isu walaupun di luar skop undang2. Prof, aku percaya memberikan pandangan berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan ilmu yang beliau miliki. syabas Prof kerana berani menyuarakan pendapat tersebut!

berdasarkan pembacaan aku terhadap article2 yang pro PAS termasuk la yang ni, aku simpulkan ada sesetengah orang PAS or Pro-PAS tak leh trima kritikan terhadap pemimpin2 dorang. seolah pemimpin dorang maksum. aku respect dan sokong semua ulama2 dan polisi islam yang dibawa PAS tapi apa yang aku tak gembira dan hampir fed up ngan PAS ni ialah orang2 fanatik yang tak leh trima kritikan kepada kepimpinan mereka. even ada pemimpin dan orang2 BN lebih open dan matang dalam mengkritik kepimpinan dorang.ingatlah walaupun pemimpin PAS terdiri dari kalangan ulama ada kalanya mereka juga buat kesilapan kerana mereka bukan maksum. sebab tu la pintu taubat tu sentiasa terbuka tuk semua manusia.

hidup PROF AZIZ BARI!!!!!!!!

2 comments:

  1. herda, prof aziz pernah cakap dalam kelas..
    "nobody like me.. UMNO hates me, even PAS hates me,. im only say the truth.. i dont care"

    ReplyDelete