Monday, September 14, 2009

RAYA DTG LAGI!-PERUTUSAN SEMPENA AIDIL FITRI

KERANA KITA SEMUA MANUSIA
ADA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

KERANA KITA SEMUA MANUSIA
TAK DAPAT LARI DARI MELAKUKAN KESILAPAN

KERANA AKU JUGA MANUSIA
YANG LEMAH DAN TIDAK SEMPURNA
YANG ADAKALA BERTINDAK DI LUAR KEWARASAN
MELANGKAUI ADAB DAN BATASAN...

MAKA ALLAH YANG MAHA PENCIPTA
ALLAH YANG MAHA AGUNG
MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
LAGI MAHA PENGAMPUN...

MENGURNIAKAN KITA AIDILFITRI
AGAR SALING MEMAAFI
SALING JUGA MENGINSAFI
KEKURANGAN PADA DIRI...

SEMPENA HARI PENUH RAHMAT
PENUH KEGEMBIRAAN DAN KECERIAAN
AKU MOHON AMPUN DAN MAAF
KEPADA
IBU BAPA, AHLI KELUARGA, SAUDARA MARA,
GURU-GURU DARI PASTI KE UNIVERSITI
SAHABAT HANDAI, KENALAN, DAN TEMAN-TEMAN
ATAS SEGALA SALAH SILAP
YANG MENGGURIS HATI DAN PERASAAN
DALAM SEDAR ATAU TIDAK
MOHON AGAR JANGAN DISIMPAN DAN DIDENDAM...

AKU JUGA
SEBAGAI HAMBA-NYA YANG MAHA PENGAMPUN
AMAT TERBUKA HATI
MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KESILAPAN
SEMUA MANUSIA TERHADAP AKU.

PEACE =)

No comments:

Post a Comment