Thursday, August 27, 2009

pergi , mungkinkah akan kembali?

pagi hening 26 august. aku jalan ke bus stop. perasan berbaur. gemuruh, excited n mcm2 lg. ada test jpj tuk keta pg tu.aku repeat coz 1st attempt failed!.hehe.
seperti hari2 lain, aku bawak beg yang aku slalu guna tu. ada beberapa buku antaranya kitab al wajiz n acts lam beg tu, termasuk stationeries,purse, handpnone dan beberapa barang lagi.
sampai bus stop aikol, da pukul 7.45. ada 2 org sister kat situ. sorang pakai mask sorang lg tak.tp takde plak kete cikgu naim yg ditugaskan tuk amek aku ke SKEM, tmpt test jpj bekenaan dijalankan.mmg aku da agak dia akan lambat. stakat aku amek lesen ni, cuma skali dua je kut cikgu2 ni dtg awal.daripada terus buang masa, aku pun baca notes tentang steps time test nnti.aku baca dengan tekun.aku cuba digest betul2. biar tak ilang dari palotak at least tuk hari tu jer.
tak semena-mena perut aku meragam.aku tgk jam da kul 8.00.ta[pi cikgu tak gak muncul2 bersama kete kancil dia tu.aku try tahan. tp cam tak leh tahan je. tak lama kemudian dia da mula memulas-mulas. mals nak pikir panjang aku pun blah. lintas jalan trus ke aikol. kat citu jer leh dapat toilet terdekat. on the way ke aikol tu aku msg cikgu naim " cikgu sy p tandas jap. sakit perut".
selesai mententeramkan perut yg meragam tu, aku naik balik ke bus stop tu. tak de gak kete cikgu naim dan cikgu naim tu skali. sister yang 2 org td tu ada lg kat ctu. ni mesti tunggu bas ni. if dia nak naik cab mesti da lama blah coz td bnyk gak cab kosong yg lalu kat ctu. aku senyum kat sister yg pakai mask tu coz duduk tak jauh drpd aku. dia senyum balik, aku rase la, sebab nampak pipi dia naik.aku tgk jam tuk ke 100 kali. dekat 8.15 dah. mane la cikgu naim ni...???
disebabkan esoknya tu ada test usul fiqh, aku pun kluarkan kitab al wajiz. try hafal topic al- khas. tu lebih baik dari buang mase jual muke kat bas stop tu. tak lama kemudian cikgu ngan kete kancil dia pun tiba. dgn excited nye aku pun trus naik kete kancil cikgu. dok kat seat blakang nagn sorang sister yg cikgu da amek dulu coz seat depan di occupy oleh anak cikgu yg sifat dan features dia hampir 90% sebijik cam cikgu. pastu cikgu amek lg sorang kat bulatan dpn grandstairs. fooh! berhimpit la ktorang mcm dalam tin sadin.
sampai kat SKEM, trus dgr briefing lestu amek giliran. asal nye no 2 tp jd no 1 coz dak no 1 dtg lambat! ya allah gementar bertambah 900%. aku baca doa lam ayat ke 10 surah al kahfi and beberapa doa lg. aku mesti pass test ni, aku berazam.
lepas 15 minit nama aku pun dipanggil. kena ngan penguji wanita. alamak! camne ni, ritu yang failed tu ngan penguji wanita la. aku mula rasa x sedap ati. tp aku kuatkan tekad. aku da berdoa. aku akan buat sebaik mungkin. keputusannya aku serah kan pada Allah Yang Maha Kaya dan Maha Berkuasa
alhamdulillah 'ala kulli hal... aku pass! rasa cam nak lompat. terima kasih kepada penguji wanita tersebut.
pastu dgn gembira bukan kepalang aku msg ahli keluarga dan teman- teman. nak tepon ayah, handphone yg aku bwk tu tak dak plak no ayah. hopefully kakak aku da tlg bgtau kat mak ayah...
cikgu hantar ktorang balik ke uia kul 10.30. budak yang cikgu amek last skali td tu pass. budak yang cikgu amek sebelum aku tadi tu fail jalan raya. ktorang pun citer la kat cikgu xperiences masing2 in which i believed more or less same je cam dak2 lain gak.
sampai uia aku lepak kat com lab jap. pastu pegi class pil kul 12.00 kul 1.00 balik bilik coz next class kul 5. ptg tu ada talk by prof young tuk jurisp sal law & morality. since aku tak amek jurisp aku fikir banyak kali nak p ke tak. akhirnye sampai bilik aku baring. kerana godaan katil dan bantal yg best tu, aku pun decided tanak p talk tu. so aku tido.
aku sedar time tu da nak dekat asar. astaghfirullah... terlepas solat zohor! td ada set alarm takkan tak bunyi kut? aku try ingat balik. ya allah aku ada tersedar time alatrm bunyi td.tp lepas off kan alarm tu aku ttdo balik rupenye. aku istighfar lg. berkali2.
lepas solat n mandi aku baca quran. malas nak turun beli juadah berbuka. makan jer la apa yg ada seperti kuih muih n biskut. paling penting nak bagi makan pada spiritual aku yg da lama kelaparan coz sejak ramadhan start baru few times aku baca quran.
before turun bilik 1.6 di mana tempat bersemayam kawan2 aku, aku teringat nak bawa al wajiz. aku cari atas meja xde. tak mungkin aku bawak ke skem coz mase tunggu cikgu amek kat skem td, aku nak baca tp kitab tu xde lam beg. time tu aku assumed kitab tu aku tinggal kat bilik. tp skrg xde la plak. aku pujuk ati gelisah.maybe tinggal kat bilik 1.6 kut...
dekat nak buka puasa aku ke bilik 1.6. memang rutin buka puasa kat ctu. sampai jer aku trus carik al wajiz kat compmnt kinah, nad n ilham tp xde. aku da cuak. aku naik balik ke bilik aku. cari lg skali. xde gak. ya allah... esok de test. mane ilangnyer kitab tu?dugaan atau kifarah dosa td ni...? aku merintih dalam hati.
lepas buka puasa dapat la cket clue. aku da mula tringat baca dan hafal topic al Khas. tp di mana dan bila? aku cuba ingat perlahan2. Ya allah! dalam samar2 aku teringat bus stop, sister yang pakai mask, toilet aikol dan cikgu naim...

No comments:

Post a Comment