di tanah air yg penuh kontroversi ni, balik kampung adalah satu fenomena, kemestian! rugilah mereka yg tak dpt merasa pengalaman balik kg. bagi aku balik kg means back to the root. balik untuk mengingati asal usul.kerana org melayu kebanyakannya berasal dari kg sebelum merantau ke bandar dan membina kehidupan baru di situ.
pernah seorang sahabat aku menggunakan istilah "kg" merujuk kepada sesuatu yg tidak moden, tak up to date dsb. aku agak kurang senang dengan beliau. mmg kampung tidak seperti bandar tapi di situlah ada ketenangan dari hiruk pikuk kota. di situlah ada senyuman jiran tetangga yg sukar didapati di kawasan kediaman org bandar.
aku merasa balik kg bila start blaja form 1 di MMAS. bila weekend or school holidays tak sabar nak balik rumah. sekolah di bandar tak menjanjikan persekitaran yg nyaman. udara penuh asap kenderaan. pencemaran bunyi yg membingitkan amat mengganggu tumpuan. pape pun aku stil enjoy outing ke pekan alor star. mkn abc special kat pekan rabu. cuci mata kat ct plaza dsb. tp lain hal nya dengan balik kg. bila sampai rumah rasa mcm tak nak balik semula ke sana. walaupun ct plaza seolah melambai2 aku lebih selesa shopping di nat (pasar spt pasar tani), pasar malam atau pekan kecil berhampiran rumah. coz it feels like home. apakan daya tuntutan pendidikan memaksa aku melangkah ke sana sehingga tamat sekolah menengah.
alhamdulillah aku berjaya melanjutkan pelajaran ke IIUM. bila di kota, definisi balik kg punya makna lebih mendalam kerana berjauhan dari keluarga hampir 500kms. dari bandar alor star aku mula turun key el. kalau dulu cuci mata kat ct plaza sekarang ada tempat lebih besar spt mid n OU. alamat lenguh kaki kalau round habes tempat tu. stil tempat gah dan mewah ini tak mampu menandingi kesukaanku pada pasar malam dan nat di kampung. kalau dulu aku biasa dikelilingi 'masyarakat antabangsa' dari siam atau burma, kat key el rumpun nya lebih luas. ada indon, filipino, bangla, paki, africa, arab, nepal, dan berbagai bangsa lagi. oleh itu sekarang ni aku selesa merujuk balik kampung sebagai balik kepada adat dan budaya melayu kerana di situ tiada masyarakat antarangsa seramai di kota.
setelah menamatkan LLB aku sambung pulak LLBS. belajar dgn ulamak2 yg masyhur dan berpengalaman luas. satu syarahan oleh dato hashim yahya di suatu petang mengubah definisi balik kampung aku sekali lg. pada petang berkenaan balik kampung bukanlah topic perbincangan tetapi hanya selingan. selingan yg memberi makna mendalam. selingan yg penuh erti bukan sembang yg tidak berisi.
dato' bertanya kami semua kat mana kampung kita? masing2 terbayang kampung masing2. (agakan jer, coz itu la yg aku bayangkan time tu, aku agak org lain pun byg camtu gak la, if dorang teringatkan mende lain tu aku tak tahu la.) ktorang tak jawab soalan tu dan menanti jawapan dari dato'.
dengan penuh keinsafan beliau menerangkan bahawa kampung kita semua adalah syurga di akhirat sana. kerana di situ asal usul kita. di situ lah asal usul hawa. untuk balik ke kampung di dunia kita mesti menyiapkan bekalan yg sesuai seperti duit minyak, tol dan makan kat R&R. keta pun kena servis. sama jugak untuk balik ke kampung syurga kita mesti punya bekalan! mesti punya amal yg mampu menjadi bayaran kepada tol titian sirat. amal yg mampu jadi bekalan tenaga tuk menunggu hisab.
bersediakah kita? cukupkah bekalan kita? akan sampaikah kita ke kampung syurga?
astaghfirullah............
Thursday, January 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment