Thursday, March 25, 2010

pandang lah lihat lah....

aku suka memerhati gelagat orang di sekeliling. dalam LRT, COMUTER, BAS, kat mahallah, aikol, skitar uia, mall, dsb.

cerita dalam LRT or COMUTER
susah nak dapat seat kalau naik dari station yg dok tengah2. lelaki2 yg naik train samada tua or muda kecik or besar putih or hitam kaya or miskin kebanyakannya selfish. biar je org perempuan berdiri. dayus betul! @ takut kena cop "baik la konon". mentang2 la yg berdiri tu bkn mak or nenek or kakak or adik or anak or kaum kerabat or gal fren dia, dia buat tak nampak jer. kadang2 tu pura2 tdo lagi. siap berdengkur lak tu, langsung tak di hingin nk ofer seat dia duduk kat golongan berkenaan. kalau boleh nk jer harap kat seat tu ada gam. kalau boleh nak jer ckp kat perempuan2 yg kerling2 seat dia tu " apa tengok2?!".

satu hari aku naik LRT kat kl central. so da expect la takde seat kosong. ada la 2-3 mamat ni duduk. aku tengok dorang satu persatu. semua bg reaksi seperti aku cite sebelum ni. lepas train bergerak beberapa meter, ada la sorang mamat ni yg aku da cop "dayus!" bangun n ofer seat dia kat aku. "trima kasih" aku ckp kt dia sambil tersenyum puas coz dlm ramai2 yg berdiri tu aku la yg plg pandai buat muka kecian. hehe. tp sebelum tu dia teragak- agak la. maybe takut kena cop "baik la konon". pape pun insiden berkenaan membuatkan aku percaya masih ada yg tak dayus!.

tp mamat tu tak ensem...huhu


dekat MALL
sedih sangat bila tengok ramai yg tak tutup aurat... bebas bergaul pegang sana sini. "hati telah gelap hilang cahaya..." lirik sebuah lagu raihan yg mengisahkan keadaan manusia akhir zaman. nauzubillah...

bila masuk kedai2 plak aku slalu tgk2 jer. kekadang berlakon cam nak beli. kasut (kat tmpt aku semua yg pakai di kaki tu panggil kasut temasuk slipar dsb xcept stokin) yg cantik, baju yg cantik kebanyakan nya tak menutup aurat. so malas la nk beli. tak leh pkai anytime anywhere. tp sebenarnya takde duit pun. hehe

bila tengok org sambar 3-4 helai jeans, t-shirt, kasut, beg dsb aku tumpang gembira tgk dorang. dalam hati aku berkata "bnyk duit dorang. murah rezeki. tp aku? biar allah uji rezeki aku tak banyak di dunia. jgn di akhirat takde rezeki kat syurga da la. nauzubillah..."


kat uia
aku suka perhatikan gelagat mak cik cleaners n gardeners. dorang la yg paling jitu menjayakan kempen kitar semula dgn mengumpul botol2, surat kabar, kertas notes lama yg student buang, tin2 dan seumpama dgn nya tuk dijual sbg pendapatan sampingan. pernah aku tanya sorang cleaner ni berapa harga sekilo botol air jawab dia"1.50 dik..." ok gak tu. skali jual bkn sekilo berpuluh2 kilo. mak cik kayo!

so, aku tabik mereka semua ni. sanggup keje di tengah terik matahari, msuk keje time student tak bgn tido lg, cuci tandas yg tak pernah kekal bersih dan wangi, buang sampah yg sentiasa busuk dan kotor, sapu dan mop lantai, angkat pinggan n gelas ktorang kt cafe, tanam pokok, siram pokok, dsb. kerana dorang la idop kat campus rasa cam anak tuan besar. hehe.

adakala time buat keje sama2 dorang gurau senda N gelak ketawa. cam enjoy jer keje dorang yg anak2 melayu pandang SEBELAH MATA or tak pndang langsung!. tp tu kerje halal. lebih baik dari minta sedekah. lebih berjaya dari 'tanam anggur'. lebih mulia dari mencuri...

disebabkan mereka cleaners bolehkah mereka semua dianggap pembersih?
tidak semestinya... pernah aku dan wawa berjalan2 kat tempat jual baju di central yg sebaris ngan bank muamalat tu. ada la sorang mak cik cleaner ni lalu dari arah bertentangan sambil membuka plastik roti. lepas jer dia amek roti dr dlm plastic tu, dengan selamber nye dia buang plastik tu kat tempat dia lalu tu tanpa segan silu.

ktorang terkedu!